Permata Hati
Muhammad Iqbal Abdullah, KhamisTanpa disedari masa berlalu amat pantas meninggalkan kita. Usia dah menjangkau 38 tahun, anak tunggal dah berusia 5 tahun 5 bulan. Gembira melihat anak membesar lebih sempurna dan mewah berbanding dengan keadaan diri sendiri pada usia 5 tahun pada tahun 1981. Yang mana pada masa itu, sebagai anak seorang petani yang rezekinya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang memang amat jauh berbeza situasinya dengan kehidupan anak hari ini. Jika dulu kita bermain tanah liat, hari ini anak kita sibuk bermain pelbagai permainan termasuk permainan teknologi seperti tablet dan telefon canggih. Jika hari ini anak kita dibawa berjalan dengan kereta, tetapi dulu kita hanya berperahu atau dikendong ayah di atas bahu. Di malam hari tidur awal, kerana pukul 9 malam lampu gasolin dah dipadamkan. Tetapi situasi beginilah paling manis untuk diingati. Kerana tidak mungkin dapat berpatah kembali ke zaman silam.
Melaka CityTour
Muhammad Iqbal Abdullah, RabuSetiap minit dapat diisi sepenuhnya menikmati tinggalan sejarah, budaya, membeli belah, keunikan, keindahan dan pembangunan. Pengalaman menaiki River Cruise dan Menara Taming Sari melengkapkan siri penjelajahan. Ini tampak lebih manis lagi dengan pemberian tiket percuma oleh Pihak Kementerian Pelancongan Negeri Melaka untuk menaiki River Cruise dan Menara Taming Sari. Layanan pihak penganjur amatlah kami hargai.
Pengalaman menyusuri sungai sambil melihat sendiri kewujudan Kampung Morten, bangunan bersejarah dan tempat yang menarik benar-benar mengamit hati untuk kembali mengunjungi Melaka di masa akan datang. Bagi pelancong yang ingin membeli belah, terdapat banyak pusat membeli belah tersedia.
Pandangan Bandaraya Melaka dari Menara Taming Sari
Pandangan Dari Menara Taming Sari dan Pandangan Dari River Cruise
Pandangan Dari River Cruise
Pandaran Dari Parking Muzium Laksamana Ang Cheng Ho dan Gambar Kincir Air Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Gambar Gereja Lama dan Menara Taming Sari