Kenangan Di Pulau Langkawi
Muhammad Iqbal Abdullah, IsninKesempatan atas jemputan ceramah oleh Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi untuk Kursus Asas Pelancongan Desa Homestay pada 27-30 Mac 2009, bertempat di Twin Peaks Resort, Langkawi digunakan sepenuhnya untuk mengelilingi Pulau Pelancongan terkenal Langkawi. Gambar dibawah adalah koleksi gambar yang sempat diambil semasa berkunjung ke Dataran Lang. Disamping itu sempat juga berkunjung ke Pantai Tanjung Rhu, Pantai Cenang, Padang Masirat dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Langkawi.
Sepetang Di Pantai Jeruju, Jerlun Kedah
Muhammad Iqbal Abdullah, Sabtu
Terasa tenang hati, terlepas segala tekanan kerja apabila melihat kebesaran ciptaan Allah s.w.t. Kampung Jeruju Jerlun, Kedah memang indah. Kesempatan berkunjung ke kampung ini adalah kerana perlaksanaan Program Orientasi Homestay Siri 3/09 (14-15 Mac 2009)yang memilih Kampung Jeruju Kedah sebagai lokasi Program.





