Ular Dibunuh Semata-mata Kerana Kulitnya





Kadang-kadang geli juga tengok bagaimana seekor ular itu dibunuh semata-mata untuk kulitnya. Dalam sedar tak sedar, kita sebagai pengguna kita tidak perasaan atau pun kita tak ingin ambil tahu bahawa kasut, tali pinggang dan wallet yang kita gunakan adalah diperbuat daripada kulit ular. Ular-ular ini dikorbankan semata-mata kerana nilainya dipasaran. Namun pembunuhan ular-ular ini secara besar-besaran sebenarnya mempengaruhi keseimbangan ekosistem kita. Setiap makhluk yang diciptakan dimuka bumi ini mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan keseimbangan ekosistem itu sendiri. Penghapusan secara besar-besaran spesies ini pasti memberi kesan ke atas ekosistem kita suatu hari nanti.

Comments :

0 comments to “Ular Dibunuh Semata-mata Kerana Kulitnya”
Blog Widget by LinkWithin