Palestin (arrahmah.com) - Gerakan mujahidin Hamas menawarkan wang tunai sebanyak tiga ribu dollar bagi setiap orang yang menikahi wanita janda yang ditinggal syahid (insya Allah) oleh suaminya akibat seranganketenteraan Rejim Yahudi.
Tawaran itu diberikan oleh Hamas bagi meringankan beban wanita janda. Setelah menikah, suami yang baru, diharapkan ia dapat meringankan beban hidupnya dan menjaga keluarganya. Hal itu sebagaimana diungkapkan oleh web rasmi Hamas dan dikutip oleh web Almokhtsar, Selasa (17/3).
Tidak semua lelaki layak menerima tawaran itu. Setiap lelaki yang ingin menikahi wanita janda dan ingin mendapatkan wang tunai itu harus memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, syarat yang ditetapkan oleh Hamas adalah mereka harus mampu bertanggung jawab terhadap wanita yang ingin ia nikahi, ia harus berkomitmen terhadap agama Islam, berakhlak yang baik, dan memberikan tempat singgah bagi isterinya yang baru serta menjaga anak-anaknya bila wanita janda itu telah memiliki anak.
Serangan ketenteraan yang dilancarkan oleh Zionis Yahudi telah banyak mengorbankan nyawa. 960 warga awam Palestin meninggal, 239 polis dan 235 para mujahidin juga meninggal.
Dari jumlah itu sebanyak 288 kanak-kanak dan 121 wanita merupakan sebahagian daripada korban awam yang meninggal akibat pengeboman dan tembakan.
Kementerian kesihatan juga mengesahkan seramai 5.303 cedera, termasuk di dalamnya 1.606 kanak-kanak dan 828 wanita.(Prince Muhammad/arrahmah/ alislamu)
Comments :
Catat Ulasan