Saya amat tertarik dengan sebuah buku karangan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria yang bertajuk Langkah bijak, usahawan terbilang. Saya mula jatuh cinta dengan hanya melihat kulitnya dan kualiti kertas yang digunakan untuk cetakan buku ini. Lantas itu saya terus membuka muka surat demi muka surat buku ini, pada helaian ketiga buku ini saya terjumpa satu petikan ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-Najm Ayat 39-41 yang berbunyi " Dan Bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa-apa yang diusahakannya. Bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna."
Ayat ini menekankan tentang "Usaha". Setiap keinginan, kehendak, cita-cita ataupun impian kita memerlukan usaha untuk mencapai dan menggapainya. Apa yang kita perolehi hari ini adalah apa yang telah kita usahakan selama ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Setiap apa yang kita usahakan pastinya akan mendapat hasilnya, imbuhannya dan balasannya. Walaubagaimanapun hasil, imbuhan ataupun balasan daripada usaha kita akan kita perolehi sama ada segera ataupun dalam jangkamasa yang panjang. ia adalah ketentuan Allah S.W.T. Tetapi janjiNya adalah setiap usaha itu pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengan usaha yang telah kita buat.
Oleh itu, yakinlah bahawa setiap usaha yang kita lakukan pastinya akan membuahkan hasilnya sama ada dalam jangkamasa segera ataupun jangkamasa panjang. Kejayaan itu adalah bagi orang-orang yang berusaha dan kejayaan itu sentiasa bersama dengan orang-orang yang gigih dan tekun berusaha.

Comments :
Catat Ulasan