Pipuih dan Sagok Makan Masyarakat Melanau, Sarawak


Foto diatas adalah foto Makanan tradisi masyarakat Melanau Mukah iaitu Sagok dan Pipuih. Sagok merupakan makanan ruji masyarakat Melanau selain daripada nasi. Sagok ini diperbuat daripada lemantak ataupun kanji pokok rumbia. Untuk membuat banyak proses perlu dilalui, ia sama seperti membuat biskut. Proses akhir sekali adalah membakar dengan Dapur yang dipanggil "Belanga" yang diperbuat daripada tanah liat dan luas "Belanga" adalah dalam lingkungan 2.5m panjang X 2.5m lebar dan menggunakan kayu api sebagai bahan bakar.

Pipuih pula adalah makanan tradisi masyarakat melanau yang diperbuat daripada ikan. Ia diperbuat daripada ikan yang dipanggang, kemudian dihancurkan dan dibuang tulang-temulang dan seterusnya dipanggang didalam sejenis daun yang dipanggil daun isaing sehinggalah seperti gambar diatas(Berbentuk seperti belacan). Masyarakat Melanau biasanya akan membuat Pipuih ini pada musim kemarau dan ia disimpan untuk bekalan makanan pada musim tengkujuh, semasa ketiadaan ikan dipasaran dan nelayan tidak turun ke laut. Pipuih ini dapat disimpan dalam tempoh 1 hingga 2 tahun. Biasanya ia akan dimakan dengan sagu ataupun bubur nasi. Rasanya memang enak.

Comments :

0 comments to “Pipuih dan Sagok Makan Masyarakat Melanau, Sarawak”
Blog Widget by LinkWithin