Melanau|Sarawak|Anak|Cerita Lucu|Info Anda|Jom Memancing|Kampungku|Mukah|Pemandangan|Perkahwinan|Tazkirah|
Pelancongan|Artikel|Politik Semasa|Online Business|Google Adsense|Online TV|Malaysia| Photo|Politik Malaysia|Malaysia|Kebudayaan|Adat|MP3|Personaliti

My Baby Umo 11 Bulan




Tanggal 27 November 2009 usia my baby dah masuk sebelas bulan. Sebulan lagi my baby akan masuk 1 tahun. Seronok juga melayan karenah anak ni. Tapi ada masanya pening juga kepala dibuatnya. Tapi anak adalah amanah Allah s.w.t. Oleh itu seberat mana pun, perlulah dipikul dengan sebaik yang mungkin.

Indahnya Hidup Bersyariat Karya Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab Hamid




Buku ini adalah hadiah daripada keluarga angkat saya En. Mohamed Zulkunine semasa mengendalikan Kursus Asas Pelancongan Desa Di Kampung Pantai Sepat, Kuantan pada 18-20 November 2009. Setelah meneliti isi kandungan buku ini saya amat tertarik dengan isi kandungan dan persembahannya.

Buku ini bolehlah dikatakan sebagai panduan fardu ain dan fardu kifayah yang bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis yang sahih. Apa yang menarik adalah penyampaian ilmu dalam buku ini bukan sekadar dengan hanya melalui penulisan tetapi juga disertakan dengan carta, gambar, jadual dan rajah untuk memudahkan kefahaman, amalan dan penghafalan.

Pada pendapat saya adalah tidak rugi bagi sahabat-sahabat untuk berbelanja dalam RM55 (semenanjung) - RM57(Sabah & Sarawak) bagi mendapatkan buku ini di pasaran. Ia Amat bernilai untuk kita yang bergelar umat islam.

Insyaallah sahabat-sahabat pasti akan berpuas hati dengan isi kandungan, grafik dan kualiti kertas yang digunakan.

jumpa lagi dlm kongsi buku pada masa akan datang.

Foto Sepanjang Kursus Asas Pelancongan Desa : Homestay bertempat di Kampung Sepat, Kuantan








Foto Sepanjang Kursus Asas Pelancongan Desa : Homestay bertempat di Kampung Sepat, Sungai Dua, Kuantan, Pahang pada 18-20 November 2009. Kursus ini melibatkan peserta dari Kampung Jerangau, Kampung Ibok dan Kampung Pasir Raja, Terengganu

Bengkel Pelan Tindakan Desa : Kpg Sungai Pasu, Raub Pahang












Foto Sepanjang Bengkel Pelan Tindakan Desa : Kpg Sungai Pasu, Raub, Pahang

Foto Sepanjang Amali Kursus Asas Lanskap







Foto Sepanjang Amali Kursus Asas Landskap 2009 pada 20-21 Oktober 2009 di INFRA dan Tapak Semaian MPAJ

Pelajjaran 41 (Pemimpin Bachaan Rumi)

Kita Lihat Pula Pantun Lama Pantun Nasihat Rampai-rampai pelajaran 41 buku Pemimpin Bachaan Rumi Darjah satu Sekolah Melayu 1930-an. ;


Kayu teras di-atas bukit
Tebang tumbang di-atas tinggi
buku keras jangan di-gigit
patah gigi menggelupas gusi.

Jirus ayer jangan Melileh
Habis Basah Tengah serambi
Orang Borus tiada memileh
yang mana ter-lintas semua di-beli.

Petikan diatas adalah petikan daripada buku Pemimpin Bachaan Rumi, Darjah Satu Di Sekolah Melayu oleh : N.W. Sulaiman dalam tahun 1930-an.

Buku ini merupakan buku kenangan milik arwah bapa saya, yang sudah koyak rabak tetapi masih disimpan oleh saya sebagai kenang-kenangan arwah bapa.

Pelajaran 23 (Pemimpin Bachaan Rumi)

Kalau tadi kita lihat pelajaran 11 sekarang kita lihat pula pelajaran 23.

Petikan cerita pendek ANUAN :
"Ada-kah Engkau tengok Anuan. Anuan lembu saya. Anuan lembu yang baik. saya kaseh-kan Anuan. Anuan ada susu. saya suka minum susu. Lembu makan Rumput. Lembu minum ayer. mari Anuan, Mari Sini. Sini rumput Engkau."


Petikan diatas adalah petikan daripada buku Pemimpin Bachaan Rumi, Darjah Satu Di Sekolah Melayu oleh : N.W. Sulaiman dalam tahun 1930-an.

Buku ini merupakan buku kenangan milik arwah bapa saya, yang sudah koyak rabak tetapi masih disimpan oleh saya sebagai kenang-kenangan arwah bapa.

Blog Widget by LinkWithin
 

Top Ten General Movie

Top Ten Chinese TV Series

Top Ten Korean Movies