Mukah berpesta Udang Galah Selepas Banjir

Saya baru jer berkunjung ke Blog Kampung Sesok, Mukah milik Adik Saya. Khabarnya selepas banjir besar orang-orang kampung saya berpesta dengan udang, ikan keli , ikan patin dan banyak lagi ikan tawar yang lain. Rezeki selepas banjir le... katakan.

Mana taknye... seorang boleh dapat sampai 20 kilogram udang galah, eeee...memang syok...kalau ler saya ada kat sana, pasti saya juga tak ketinggalan bersama-sama penduduk kampung yang lain dapatkan hasil tangkapan yang lumayan ni....hehehehe, harap apabila sy balik ke Mukah bulan 4 ni, peluang masih ada dan musim udang belum lagi berakhir. Rindu nyer nak balik kampung.

Kampung saya memang terkenal dengan jolokan lubuk udang....time udang camni udang galah memang cukup murah dlm lingkungan RM10 - RM 15 per kg.

Comments :

0 comments to “Mukah berpesta Udang Galah Selepas Banjir”
Blog Widget by LinkWithin