Pesta Kaul akan kembali lagi pada tahun 2009.
Pesta Kaul adalah Pesta Ritual yang di sambut oleh Masyarakat Melanau Pagan (tidak ada agama dan berpegang kepada adat melanau). Bagi masyarakat melanau Islam dan Kristian pula, ia adalah sekadar pesta tahunan untuk mengekalkan kebudayaan nenek moyang, agar tidak lapuk ditelan zaman. Pesta Kaul diadakan secara besar-besaran setiap tahun. Ini kerana ia telah dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Sarawak dan ia mendapat sambutan daripada pelancong tempatan serta antarabangsa. Tahun 2009 Pesta kaul akan diadakan pada 24 - 26 April 2009, di Tapak Pesta Kaul, Pantai Kala Dana Mukah. Penganjur Acara ini adalah Pejabat Residen Mukah dan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Sarawak.
Comments :
Catat Ulasan