Adakah anda sudah biasa mengalami persoalan atau berhadapan dengan situasi yang saya berikan di atas. Atau ini adalah kali pertama anda menerima persoalan sebegini. Sama ada anda biasa memberi atau menerima persoalan ini, ia adalah tidak penting, yang paling penting adalah, Apakah perspektif anda terhadap persoalan ini?
Apabila anda menunjukkan gambar diatas kepada rakan-rakan, teman-teman atau pendengar ceramah atau syarahan anda, pastinya anda akan menerima pelbagai kombinasi jawapan ke atas persoalan ini. "Apakah yang anda lihat dalam Kotak di atas?".
Tapi saya dapat memberi jaminan kepada anda, jawapan yang bakal anda akan terima adalah majoriti mereka semua cuma akan melihat kepada satu titik hitam di tengah-tengah lampiran kertas putih di atas. Mengapa ini terjadi?
Hakikatnya sudah menjadi tabii Manusia ini suka untuk melihat sesuatu yang nampak, jelas , mudah dan pemikiran mereka adalah lebih terdorong untuk melihat sesuatu dalam satu perspektif yang sempit. Persoalannya, mengapa mereka tidak melihat kepada persekitaran titik hitam yang lebih luas? Ini kerana sebenarnya kita sudah dibiasakan untuk melihat sesuatu dalam ruang lingkup yang kecil dan tidak berusaha untuk mengembangkannya atau meluaskan lagi perspektif kita.
Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita perlu membuka ruang, mengembangkan, melebarkan, meluaskan kotak pemikiran dan berusaha berfikir secara kreatif dan inovatif.
"Menghadiahkan sebatang joran/pancing adalah lebih baik daripada memberi se-tan ikan"

Comments :
Catat Ulasan