Kampung Batu Ring, Tasik Raban dan Rusa

Pada 31 Julai - 2 Ogos 2009, saya sempat berkunjung ke Kampung Batu Ring yang terletak di tepian Tasik Raban, Lenggong Perak. Pengangkutan utama untuk sampai ke Kampung Batu Ring ini adalah dengan menggunakan perahu. Setibanya dikampung ini saya dapat merasai seolah-olah saya berada di kampung halaman saya di Sarawak. Suasana kampung, pokok buah-buahan, kemesraan penduduknya pastinya akan menggamit perasaan setiap pengunjungnya.

Pada sebelah malamnya pula, sekitar kampung diterangi oleh lampu buah betik dan disulami pula oleh pelbagai bunyi-bunyian alam yang amat mengasyikkan. Kesejukkan malam pasti membuai mata untuk beradu lena.

Pengalaman yang paling manis adalah dapat menikmati barbique Rusa sambil merasai sendiri pengalaman membakar daging dan melihat sendiri bagaimana proses melapah rusa. DIsamping itu, persekitaran kampung yang dikelilingi oleh tasik dan pergunungan adalah sesuatu yang amat mengasyikkan.












Comments :

0 comments to “Kampung Batu Ring, Tasik Raban dan Rusa”
Blog Widget by LinkWithin