Buku ini adalah hadiah daripada keluarga angkat saya En. Mohamed Zulkunine semasa mengendalikan Kursus Asas Pelancongan Desa Di Kampung Pantai Sepat, Kuantan pada 18-20 November 2009. Setelah meneliti isi kandungan buku ini saya amat tertarik dengan isi kandungan dan persembahannya.
Buku ini bolehlah dikatakan sebagai panduan fardu ain dan fardu kifayah yang bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis yang sahih. Apa yang menarik adalah penyampaian ilmu dalam buku ini bukan sekadar dengan hanya melalui penulisan tetapi juga disertakan dengan carta, gambar, jadual dan rajah untuk memudahkan kefahaman, amalan dan penghafalan.
Pada pendapat saya adalah tidak rugi bagi sahabat-sahabat untuk berbelanja dalam RM55 (semenanjung) - RM57(Sabah & Sarawak) bagi mendapatkan buku ini di pasaran. Ia Amat bernilai untuk kita yang bergelar umat islam.
Insyaallah sahabat-sahabat pasti akan berpuas hati dengan isi kandungan, grafik dan kualiti kertas yang digunakan.
jumpa lagi dlm kongsi buku pada masa akan datang.

Comments :
Catat Ulasan