Melaka CityTour

Kesempatan yang ada semasa Jemputan untuk mengendalikan Kursus Asas Pelancongan Desa : Homestay Peringkat Negeri Melaka oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Melaka 13-15 Disember 2010 digunakan sepenuhnya untuk menerokai Bandaraya Melaka Tapak Warisan Dunia. Negeri Melaka cukup unik untuk dilawati terutamanya bagi pecinta tinggalan Sejarah dan Budaya. Kedudukan tempat-tempat menarik yang berdekatan antara satu sama lain benar-benar menjimatkan masa perjalanan dalam kenderaan.

Setiap minit dapat diisi sepenuhnya menikmati tinggalan sejarah, budaya, membeli belah, keunikan, keindahan dan pembangunan. Pengalaman menaiki River Cruise dan Menara Taming Sari melengkapkan siri penjelajahan. Ini tampak lebih manis lagi dengan pemberian tiket percuma oleh Pihak Kementerian Pelancongan Negeri Melaka untuk menaiki River Cruise dan Menara Taming Sari. Layanan pihak penganjur amatlah kami hargai.

Pengalaman menyusuri sungai sambil melihat sendiri kewujudan Kampung Morten, bangunan bersejarah dan tempat yang menarik benar-benar mengamit hati untuk kembali mengunjungi Melaka di masa akan datang. Bagi pelancong yang ingin membeli belah, terdapat banyak pusat membeli belah tersedia.



Pandangan Bandaraya Melaka dari Menara Taming Sari



Pandangan Dari Menara Taming Sari dan Pandangan Dari River Cruise



Pandangan Dari River Cruise



Pandaran Dari Parking Muzium Laksamana Ang Cheng Ho dan Gambar Kincir Air Zaman Kesultanan Melayu Melaka



Gambar Gereja Lama dan Menara Taming Sari


Comments :

0 comments to “Melaka CityTour”
Blog Widget by LinkWithin