Tanpa disedari masa berlalu amat pantas meninggalkan kita. Usia dah menjangkau 38 tahun, anak tunggal dah berusia 5 tahun 5 bulan. Gembira melihat anak membesar lebih sempurna dan mewah berbanding dengan keadaan diri sendiri pada usia 5 tahun pada tahun 1981. Yang mana pada masa itu, sebagai anak seorang petani yang rezekinya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang memang amat jauh berbeza situasinya dengan kehidupan anak hari ini. Jika dulu kita bermain tanah liat, hari ini anak kita sibuk bermain pelbagai permainan termasuk permainan teknologi seperti tablet dan telefon canggih. Jika hari ini anak kita dibawa berjalan dengan kereta, tetapi dulu kita hanya berperahu atau dikendong ayah di atas bahu. Di malam hari tidur awal, kerana pukul 9 malam lampu gasolin dah dipadamkan. Tetapi situasi beginilah paling manis untuk diingati. Kerana tidak mungkin dapat berpatah kembali ke zaman silam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Comments :
Catat Ulasan