Apa ke benda yg dibuat pakcik di atas tu... Sebenarnya pakcik tu tengah menyiang ular sawa yang telah menelan ayam peliharaannya. Bukan tu jer tujuannya tau... ular sebegini biasanya akan diambil hempedunya. Masyarakat Melanau "Pagan" mempercayai bahawa hempedu ular mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Disamping itu, ada dikalangan Masyarakat Melanau "Pagan" yang memakan daging ular. Ini kerana daging ular mampu memanaskan badan dan mempunyai nilai eksotiknya. Disamping itu, dikatakan selepas memakan daging ular ini badan akan segar, panas dan mengeliat. Manakala bagi sesetengah masarakat cina pula, kerana nilai eksotiknya mereka akan meminum darahnya.
Akan datang saya akan tunjukkan video budak-budak nakal di kampung menangkap ular cuma dgn kemahiran tanpa alat bantuan...heheheheh. Nantikan kemunculannya...
Akan datang saya akan tunjukkan video budak-budak nakal di kampung menangkap ular cuma dgn kemahiran tanpa alat bantuan...heheheheh. Nantikan kemunculannya...
Comments :
Catat Ulasan