Gambar di atas adalah gambaran persekitaran kerja disebalik tabir Google. com. Persekitaran kerja sebegini adalah bertujuan untuk keselesaan kakitangan dan seterusnya meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja. Untuk menghilangkan tekanan pekerja, kapsul penghilang tekanan yang kedap bunyi dan cahaya disediakan kepada kakitangan. Disamping Kapsul disediakan juga pusat permainan, pusat urut profesional, perpustakaan dan juga tempat rehat yang lengkap dengan kerusi urut dan berhadapan dgn pemandangan akuarium. Selain daripada itu, pelbagai makanan istimewa juga disediakan setiap hari khas untuk kakitangan yang bertugas.
Sebagai sebuah syarikat yang memerlukan kreativiti kakitangannya untuk berjaya, papan putih (whiteboard) boleh dijumpai dimana-mana , ini kerana idea atau ilham akan datang tanpa mengira masa dan tempat. Di Meja kerja pula, setiap pekerja sekurang-kurangnya mempunyai 2 LCD besar dan boleh meminta lebih seandainya mahu.
Untuk memudahkan pergerakan, pelbagai jenis tangga disediakan. Antaranya adalah tangga yang berupa gelonsor dan tangga sepertimana tangga di balai bomba.
Konsep yang diperkenalkan ini adalah berasaskan kepada keselesaan, kesesuian, persekitaran dan rehat yang cukup akan dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. Kemudahan yang disediakan bukan sekadar untuk memenuhi keperluan tetapi juga adalah sebagai motivasi kepada kakitangan untuk bekerja lebih gigih lagi dan seterusnya menghasilkan input yang berkualiti.

Comments :
Catat Ulasan