Eh... naper yerk kehidupan kita manusia seringkali dibayangi oleh wang? Adakah wang itu adalah segala-galanya bagi kiter? Atau kehidupan kita adalah semata-mata untuk wang? Kalau nak dihuraikan semua tentang wang ini saya rasa kita dapat hasilkan banyak buku mengenainya. Apabila kita bercakap tentang wang, banyak persoalan yang timbul dalam kotak fikiran kita. Ada orang berfikir camana nak dapat wang mudah, ada orang berfikir camana nak dapat wang lebih, ada orang berfikir camana nak dapat wang cepat, satu lagi bilalah nak dapat gaji?,Tapi yang paling banyak orang fikir tentang wang ini adalah bagaimana nak langsaikan hutang yang belum selesai....hehehehehe. Bagi yang makan gaji bulan pula, tiap masa belek kalendar, mana taknya meniti hari2 menunggu hari pembayaran gaji. Ada kawan2 kita yang lengkap tampal lagi jadual tarikh pembayaran gaji untuk setahun di meja kerja dier... tu semua tentu kerana wang.
Tapi seeloknya bersyukurla atas rezeki yang ada, kalau nak lebih, kena usaha lebih, tapi jangan sampai mendapatkan rezeki yang haram puler....eh malas ler nak membebel pasal wang ni, kalau nak mebebel satu hari pun tak habis.
ulasan yang bagus.... teruskan... ada cadangan nak buat buku... jom... kita rangka apa yang perlu diisi dahulu...
perlu buat dari 2 kacamata...